Saturday, March 2, 2013

SAYONARA JAHILAH 

Bismillahirrahmanirrahim..

sudah lama tidak update blog.. hampir berhabuk..hampir bersawang.. ^_^





Alhamdulillah, semalam diberikan peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke IPIS Bangi untuk hadir ke program "SAYONARA JAHILIAH"..

serius, banyak sangat ilmu2 yang dapat..

tertarik dengan takrifan jahiliah daripada HILAL ASYRAF - kita bukan tidak cerdik tetapi adanya perkara yang membawa kita melupakan yang kita ini hidup berTuhan atau wujudnya Tuhan dalam hidup ini..

DIANA AMIR - kadang2 kita lupa akan fitrah kita iaitu HIDUP BERTUHAN..

untuk berubah, cari KEPUTUSAN bukan ALASAN..jangan jadi SANG BANGAU [lagu mase kecik2 dlu] - AMIN IDRIS

tanda kesempurnaan cinta ialah mencintai apa yang dicintai ALLAH - USTAZ DON

daripada terus mengingati dosa2 silam..baik terus tingkatkan diri dengan ilmu2 dan terus belajar.. yakinlah dengan kalimah




DENGAN NAMA ALLAH YANG 
MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

jangan pernah takut untuk berubah kerana Allah ada untukmu..

Alhamdulillah

~sampaikan walaupun satu ayat~


Thursday, January 5, 2012

SERU NAMA-NYA


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlan iman mereka (kerananya). Kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. 
(Surah Al-anfal – ayat 2)


~sampaikan walaupun satu ayat~

NOKTAH TAKDIR



bila kita kadang-kadang menidakkan takdir
bila kita kadang-kadang menyalahkan nasib


saat sedar, dibicarakan kembali rasa insaf..rasa redha..rasa ikhlas..

namun berkekalan kah?

... kadang-kadang berlarutan..dihanyut perasaan terus menyalahkan..

akhirnya tidak redha..maknanya menyalahkan Tuhan..


mengapa begitu..mengapa begini

kenapa aku..bukan dia..

terus dipersoalkan tanpa berhenti..tidak ditemui noktah yang dicari..



~sampaikan walaupun satu ayat~

Wednesday, September 14, 2011

kenangan di LAKE GARDEN

Alhamdulillah, sampai juga ke Taman Tasik Perdana dan tak sangka di tengah kota metropolitan ni ada taman yang cukup cantik dan indah....Subanallah..lihatlah tanda keagungan dan kekuasaan Allah yang menciptakannya..insya Allah sahabat-sahabat akan merasa cukup tenang dan seronok berada di sana..sempat snap beberapa tempat di sana, kredit buat sahabat2 Ukhti Ida..


haha..teringin nak pergi??jom..jom... tak tahu alamat? tak ape..ukhti Ida bagi alamat dan peta sekali...

Taman Tasik Perdna Lake Gardens, Kuala Lumpur
Jalan Kebun Bunga Tasik Perdana, Kuala Lumpur, WP, Kuala Lumpur 50480



renungilah hikmat di sebalik penciptaan kerna tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia..

~sampaikan walaupun satu ayat~

Monday, September 5, 2011

inilah CINTA



Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yang abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya! Pastinya cinta-Nya kepada kekasihNya lebih anggun daripada segala cinta manusia seperti Romeo dan Juliet, Uda dan Dara.

Bagaimana nak tahu anda sedang dicintai-Nya?

1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/ Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian..

Rasulullah s.a.w bersabda:

ertinya: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”.

2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar.

Firman Allah SWT,

ertinya: ”Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri”.

3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid:

“Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”.

7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah.

Firman Allah SWT:

ertinya: “Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka”.

Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.

8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya:

“Hud telah memutihkan kepalaku”. Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat .

Ertinya: "Alangkah jauhnya kaum Thamud” “Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaum thamud”.

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku, adakah anda ingin menggapai cinta Allah? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka. Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.

Kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa kita tak boleh melebihkan cinta kepada Sang Pencipta yang menciptakan makhluk yang kita cinta? Bukankah Dia Yang Maha Sempurna?

Namun kita ini masih buta untuk mengenal cinta Al-Khaliq, Rabbul 'Izzah [semakin lama semakin hina atau semakin muliakah kita?] Sesekali memohon ribuan keampunan-Mu, Kadang-kadang menagih dan mendamba kasih-Mu, Tempangnya diri untuk menggamit cinta Rabiatul Adawiyah.

Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dunia akhirat, serta letakkanlah kami dalam golongan yang sedikit, iaitu golongan hamba-hambaMu yang bersyukur. Amin.



~sampaikan walaupun satu ayat~

Thursday, August 18, 2011

usaha SYAITAN


al-'Allamah Ibnul Qaiyim menyatakan

terdapat enam tahap usaha syaitan untuk menyesatkan anak Adam.

Tahap pertama ialah kekufuran dan syirik. Ini merupakan tahap tertinggi yang dicita-citakan oleh syaitan.

Tahap kedua ialah bid'ah yang sesat.

Tahap ketiga ialah dosa-dosa besar.

Tahap keempat ialah dosa-dosa kecil yang berterusan dilakukan.

Tahap kelima ialah leka dalam perkara-perkara harus sehingga lalai daripada menunaikan kewajiban.

Tahap keenam ialah seperti katanya :

"Tahap keenam ialah syaitan akan menyibukkan anak Adam dengan perkara-perkara

yang mafdhul (kurang utama) berbanding perkara-perkara yang afdhal (lebih utama)."

- petikan daripada buku "Prinsip hidup Muslim sejati" oleh Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Saturday, August 6, 2011

7 tips seronok di RAMADHAN


JIKA sebelum ketibaan Ramadan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadan, tetapi suka atau tidak sudah hampir seminggu kita melalui bulan yang mulia ini. Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan. Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi mengumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian. Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.

Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”

Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ramadan seperti peluang terakhir.

Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik kedatangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang. ’

Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka.Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa.

Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip menyambut Ramadan.

1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘ kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ini. ’

Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.

2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita persiapan amalan.

Ziarah kubur sebenarnya hendak tolong diri kita, bukan sahaja si mati.
Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa.

Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak mensia-siakan peluang berbulan Ramadan kali ini.

3. Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata semangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini.

Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan:

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)

4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Mu hammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfus salih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.

5. Perbanyakan istighfar dan taubat secara bersungguh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat.

Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.

Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru; pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya.

Kepada orang tua, isteri, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.

Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

6. Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa memerlukan kekuatan fizikal.

Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun berpuasa.

7. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t memanjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.

[sumber]

~sampaikan walaupun satu ayat~