Wednesday, June 29, 2011

ISRA’ & MIKRAJ


ISRAK DAN MIKRAJ 27 Rejab 1432 BERSAMAAN RABU 29 Jun 2011

PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan umat Islam teladan bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan.

Di antara pengajaran itu ialah:

1. Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.

Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.

2. Sebelum Rasulullah diIsrakkan, baginda menjalani suatu `pembedahan' untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.

3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.

4. Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga.

5. Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.

6. Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.

7. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.

8. Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah ketika mengdadap-Nya.

Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan muhasabah diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran daripada kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika peristiwa itu.

Sebelum Israk dan Mikraj:

RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh jibril, mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah saw. Selesai pembedahan, didatangkan bintang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsha):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, iaitu tempat nabi Musa as berkata-kata (munajat) dengan Allah; Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fi sabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw diberitahu oleh jibril : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatiankepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.

Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama:

Rasulullah saw dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua:

Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.

Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.

Langit Keempat:

Bertemu dengan nabi Idris a.s.

Langit Kelima:

Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:

Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khlilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kedelapan:

Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaipan pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:

Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Subhanahu wa Taala dengan mata kepalanya, lantas sujud.

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembiran dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah a.s turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa israk-mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu a'lam.

[Ringkasan dengan bahasa moden daripada kisah Israk Mikraj dalam kitab Jam'ul-Fawaa`id]

~sampaikan walaupun satu ayat~

Sunday, June 26, 2011

biodata IBLIS

[klik untuk besarkan]

"Aku berlindung dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang terkutuk "

~sampaikan walaupun satu ayat~

Friday, June 24, 2011

Sejarah PERIGI BUTA


[pengalaman peribadi dari seorang hamba Allah]


Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih berkesempatan menggunakan air perigi untuk mandi, minum, membasuh pakaian dan sebagainya. Menceduk air perigi dengan timba logam yang agak besar yang diikat pada tali hanya sesuai untuk orang dewasa memang mencabar bagi saya yang bertubuh kecil. Bagi saya yang masih kecil ketika itu, ia adalah pengalaman perit untuk memenuhkan setempayan air untuk mandi. Paras air dalam perigi pula adalah kalanya mencecah 15 kaki dalam.

Selagi sesuatu perigi terus digunakan, airnya akan terus bersih dan terjaga. Perigi yang sudah lama tidak digunakan lama kelamaan akan menjadi perigi buta. Air dalam perigi buta selalunya berwarna kehitaman kerana kesan dari sampah dan bahan buangan lain yang dicampakkan ke dalam perigi ini. Pendek kata perigi buta ini sebagai penjelasan mudahnya ialah sebuah perigi lama yang mengandungi sampah sarap dan sudah lama tidak digunanakan dan airnya pula kehitaman. Lumpur pula sudah mula terkumpul di dalam nya. Tiada orang yang sanggup mengunakan air dari mana-mana perigi buta ini sama ada untuk membasuh pakaian apatah lagi kalau untuk diminum.

Apabila kita ingin membersihkan mana-mana perigi buta semoga airnya dapat dimanfaatkan, prosesnya adalah sangat mencabar. Perigi buta pada permulaan waktu hendak dibersihkan, tidak terdapat sebarang bau yang busuk serta keadaan airnya sekadar berwarna kehitaman namun tidak keruh kerana segala kekotoran telah termendak ke dasarnya. Apabila perigi ini mula dibersihkan, antara cabaran yang perlu dihadapi ialah kesanggupan seseorang untuk turun ke dalam dan kesanggupan orang lain untuk membantu di bahagian atas perigi untuk membantu proses pembersihan ini.

Apabila sahaja proses pembersihan dimulakan dengan mula menceduk lumpur serta membuang sampah sarap di dalamnya, inilah pengalaman yang paling mencabar. Kalau sebelumnya tidak ada bau busuk yang keluar, kini pelbagai bau busuk akan mula keluar apatah lagi kalau sebelumnya ada ayam atau kambing yang mati dalam perigi buta ini. Mungkin pada ketika ini , kalau ada ular yang menjadikan perigi buta ini sebagai sarangnya juga akan menjadi marah dan mula menyerang orang yang sedang membersihkan perigi buta ini. Keadaan air pula akan menjadi sangat keruh macam warna kopi susu.

Pendek kata pada peringkat permulaan proses pembersihan perigi buta ini, cabaran yang dialami atau tindak balas yang diberikan oleh perigi buta ini adalah sangat mencabar. Keadaan perigi buta ini akan menjadi jauh lebih kotor, busuk dan banyak perkara negatif lain di awal proses pembersihan ini. Stamina untuk membersihkan perigi ini pula bukan calang-calang. Maklumlah nak membongkok mengisi lumpur dan pelbagai sampah untuk di isi ke dalam timba memerlukan kesabaran gred A. Orang di atas pula perlu bertungkus lumus menarik timba

berisi lumpur dan pelbagai sampah keluar dari perigi. Perlu pula orang lain membantu untuk membuang lumpur dan sampah sarah ini ini ke kawasan khas, kerana sekiranya tidak dilakukan, sampah sarap dan lumpur ini akan masuk semula ke dalam perigi sewaktu hujan.

Perlu ada perancangan rapi, strategi, kerjasama, kesabaran, stamina, masa, tenaga, istiqomah, wang ringgit dan doa yang bersungguh-sungguh untuk membuat projek pembersihan perigi buta. Sekiranya selepas cabaran yang dialami, pasukan pembersihan perigi buta ini berputus asa dan berhenti dipertengahan jalan, maka segala usaha tersebut akan menjadi satu usaha yang sia-sia sahaja.

Sekiranya pasukan pembersihan ini berjaya bertungkus-lumus mungkin selama dua hari penuh dengan tangan yang menggelupas dan mungkin ada yang luka dan sebagainya barulah keadaan mata air sudah semakin kelihatan bersih dan selepas tugas selesai dan dibiarkan beberapa hari barulah insya-Allah air perigi ini akan dapat dimanfaatkan semula.

Begitulah proses membersihkan perigi buta. Cabaran proses pembersihan di awal proses ini adalah sangat memeritkan. Keadaan perigi buta akan menjadi semakin kacau bilau dan semakin kotor dan berlumpur dan berbau busuk dan semua ini menjadikan perigi buta ini lebih negatif berbanding keadaan asalnya sebagai perigi buta di peringkat awal pembersihan. Ini lah satu ilmu mahal yang ingin saya kongsikan untuk para pembaca Laman Emjay kali ini. Ini lah juga yang dimaksudkan dengan dengan peribahasa yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipeh tidak akan datang melayang. Kalau tidak dipecahkan rembia, pastinya tidak akan dapat sagunya.

Perigi buta yang cuba saya kisahkan di atas boleh membawa maksud seseorang yang bermasalah dari segi amalan agamanya seperti orang yang tidak bersembahyang, orang yang suka berbomoh, orang yang bencikan setengah ajaran Islam, merokok, berzina, mendedah aurat, berjudi, rasuah, pornografi, mencuri, ber"make up" seperti memakai lipstick dan pelbagai amalan negatif lain. Orang yang melakukan perbuatan negatif ini boleh diibaratkan sebagai perigi buta yang tidak dapat membawa kebaikan.

Membersihkan perigi buta ini menjadi sebuah perigi yang dapat memberi manfaat, sebenarnya membawa maksud proses bertaubat dari melakukan perkara maksiat tersebut. Di peringkat awal proses taubat ini sebenarnya adalah satu keadaan yang amat krikital kerana masalah ini bukan terus selesai tetapi masalah adalah akan menjadi semakin rumit diperingkat awal proses pemulihan ini. Bagi seorang perokok, berbagai cabaran perlu dihadapi diperingkat awal seperti semakin pening, berpeluh, jadi tidak menentu, keluh kesah dan pelbagai cabaran lain yang perlu dihadapi dipermulaan proses pemulihan ini. Kawan-kawan dari kalangan perokok pula akan terus menerus memujuk supaya perokok ini kembali menjadi perokok semula. Hanya dengan perancangan rapi, strategi, kerjasama, kesabaran, stamina, masa, tenaga, istiqomah dan doa yang bersungguh-sungguh akan insya-Allah membuahkan hasil yang dihajati iaitu berhenti dari merokok.

Begitulah juga dengan seorang perempuan yang memakai lipstick yang ingin bertaubat. Berbagai cabaran perlu di alami. Pelbagai rakan dari kalangan yang berlipstick mungkin akan saling bergilir menasihati agar kembali memakai lipstick. Mungkin ada pula yang memberi komen "Engkau ini muka macam mayat, kenapa tak pakai lipstick". Mungkin ada yang berkata "Hari ini muka engkau jadi 10 tahun lebih tua". Mungkin juga ada yang berkata "muka engkau macam lebam saja" dan mungkin juga yang berkata "engkau ni macam orang sakit nak mati aje!". Begitulah antara cabaran yang perlu dilalui oleh orang yang ingin berhenti dari memakai lipstick.

Begitulah juga seseorang yang tidak pernah membaca AlQuran terjemahan atau tafsir dimana sejak kecil hingga berusia 30 tahun sekadar membunyikan Al Quran sahaja tanpa sebarang usaha untuk memahaminya. Pada permulaan hasrat membaca terjemahan Al Quran, pelbagai mainan diminda akan diolah oleh syaitan. Syaitan akan membisikkan bahawa membaca terjemahan Al Quran sulitlah, mengantuklah, tiada tumpuanlah, gangguan anak dan isterilah serta pelbagai cabaran lain yang perlu dilalui diperingkat awal. Segalanya adalah berpunca dari syaitan yang memang tidak redha dengan usaha manusia memperelokkan amalan agamanya. Kalau boleh syaitan akan berusaha agar manusia terus jauh dari jalan lurus yang diajarkan Allah dan NabiNya. Memang itulah matlamatnya agar manusia sama-sama masuk neraka dengan mereka.

Janganlah ada yang memandang bahawa urusan meluruskan jalan kehidupan yang bermatlamatkan Allah dan akhirat itu mudah. Itulah sebabnya syurga itu bukan sesuatu yang mudah dan percuma. Syurga adalah mahal dan untuk memasukinya perlu melalui pelbagai ujian dari Allah sebagaimana surah Al Ankabut: 2-3:

2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Perumpamaan orang bermasalah yang saya analogikan sebagai perigi buta seperti di atas sebenarnya juga boleh diibaratkan sebagai satu keluarga, satu jabatan, satu institusi, organisasi hatta satu kerajaan. Kerajaan Turki dibawah kepimpinan sekarang lebih mirip kearah Islam namun perubahan yang mereka lakukan menghadapi cabaran yang amat getir apabila tentera Turki mendesak agar fahaman sekular diteruskan di Turki.

Marilah kita semua memperbaiki amalan kehidupan hidup didunia agar selari dengan kehendak Allah dan rasulNya semoga kita semua dibalas Allah dengan syurgaNya. Namun, hakikatnya ialah kita perlu membersihkan pelbagai perigi buta. Antara perigi buta yang menjadi cabaran kita semua antaranya ialah perigi buta radio, televisyen, aurat wanita, percampuran lelaki dan wanita dan bersubahat redha dengan kemungkaran.

~sampaikan walaupun satu ayat~

ETIKA Perpakaian dan Berhias


1. Disunnatkan memakai pakaian baru, bagus dan bersih. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda kepada salah seorang shahabatnya di saat beliau melihatnya mengenakan pakaian jelek :”Apabila Allah mengurniakan kepadamu harta, maka tampakkanlah bekas ni`mat dan kemurahan-Nya itu pada dirimu. (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani).

2. Pakaian harus menutup aurat, yaitu longgar tidak membentuk lekuk tubuh dan tebal tidak memperlihatkan apa yang ada di baliknya.

3. Pakaian laki-laki tidak boleh menyerupai pakaian perempuan atau sebaliknya. Bersandarkan hadits yang bersumber dari Ibnu Abbas Radhiallaahu 'anhu ia menuturkan: “Rasulullah melaknat (mengutuk) kaum laki-laki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.” (HR. Al-Bukhari). Tasyabbuh atau penyerupaan itu bisa dalam bentuk pakaian ataupun lainnya.

4. Pakaian tidak merupakan pakaian show (untuk ketenaran), kerana Rasulullah Radhiallaahu 'anhu telah bersabda: “Barang siapa yang mengenakan pakaian ketenaran di dunia niscaya Allah akan mengenakan padanya pakaian kehinaan di hari Kiamat.” ( HR. Ahmad, dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

5. Pakaian tidak boleh ada gambar makhluk yang bernyawa atau gambar salib, karena hadits yang bersumber dari Aisyah Radhiallaahu 'anha menyatakan bahwasanya beliau berkata: “Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam tidak pernah membiarkan pakaian yang ada gambar salibnya melainkan Nabi menghapusnya”. (HR. Al-Bukhari dan Ahmad).

6. Laki-laki tidak boleh memakai emas dan kain sutera kecuali dalam keadaan terpaksa. Karena hadits yang bersumber dari Ali Radhiallaahu 'anhu mengatakan: “Sesungguhnya Nabi Allah Subhaanahu wa Ta'ala pernah membawa kain sutera di tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, lalu beliau bersabda: Sesungguhnya dua jenis benda ini haram bagi kaum lelaki dari umatku”. (HR. Abu Daud dan dinilai shahih oleh Al-Albani).

7. Pakaian laki-laki tidak boleh panjang melebihi kedua mata kaki. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : “Apa yang berada di bawah kedua mata kaki dari kain itu di dalam neraka” (HR. Al-Bukhari). Adapun perempuan, maka seharusnya pakaiannya menutup seluruh badannya, termasuk kedua kakinya. Adalah haram hukumnya orang yang menyeret (menggusur) pakaiannya kerana sombong dan bangga diri. Sebab ada hadits yang menyatakan : “Allah tidak akan memperhatikan di hari Kiamat kelak kepada orang yang menyeret kainnya kerana sombong”. (Muttafaq’alaih).

8. Disunnatkan mendahulukan bagian yang kanan di dalam berpakaian atau lainnya. Aisyah Radhiallaahu 'anha di dalam haditsnya berkata: “Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam suka bertayammun (memulai dengan yang kanan) di dalam segala perihalnya, ketika memakai sandal, menyisir rambut dan bersuci’. (Muttafaq’-alaih).

9. Disunnatkan kepada orang yang mengenakan pakaian baru membaca doa:

“Alhamdulillaahilladzii hadzaattauba wa razaqaniihi min ghairi haulin minnii wa laa qawwatin” “Segala puji bagi Allah yang telah menutupi aku dengan pakaian ini dan mengaruniakannya kepada-ku tanpa daya dan kekuatan dariku”. (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

10. Disunnatkan memakai pakaian berwarna putih, kerana hadits mengatakan: “Pakaialah yang berwarna putih dari pakaianmu, karena yang putih itu adalah yang terbaik dari pakaian kamu...” (HR. Ahmad dan dinilah shahih oleh Albani).

11. Disunnatkan menggunakan farfum bagi laki-laki dan perempuan, kecuali bila keduanya dalam keadaan berihram untuk haji ataupun umrah, atau jika perempuan itu sedang berihdad (berkabung) atas kematian suaminya, atau jika ia berada di suatu tempat yang ada laki-laki asing (bukan mahramnya), karena larangannya sahih

12. Haram bagi perempuan memasang tatu, menipiskan bulu alis, menjarangkan gigi supaya cantik dan menyambung rambut (bersanggul). Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam di dalam haditsnya mengatakan: “Allah melaknat (mengutuk) wanita pemasang tato dan yang minta ditatu, wanita yang menipiskan bulu alisnya dan yang meminta ditipiskan dan wanita yang meruncingkan giginya supaya kelihatan cantik, (mereka) mengubah ciptaan Allah”. Dan di dalam riwayat Imam Al-Bukhari disebutkan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya”. (Muttafaq’alaih).


~sampaikan walaupun satu ayat~