Wednesday, May 11, 2011

SARAPAN PAGI...."siapa"

Peringatan buat sahabat2 dan diri saya sendiri...

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengankemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan didepan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman,

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak alpa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapa kah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Kenalilah Diri kamu Rata2 Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhan Yang Amat Nyata .....


~sampaikan walapun satu ayat~

NILAI 4

Empat Perkara Berharga

Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh, maka:

1) Akal boleh hilang disebabkan marah.

2) Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3) Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4) Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1) Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2) Para ahli waris akan menarik hartanya.

3) Ulat akan menarik tubuhnya.

4) Orang yang dimusuhi@dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Empat Amalan Sulit

Dari Ali r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1) Memberi maaf pada waktu marah.

2) Suka memberi pada waktu susah.

3) Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4) Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Empat Perkara Bernilai

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1) Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua

2) Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.

3) Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4) Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati



~sampaikan walaupun satu ayat~

KITA SEBENARNYA...

Kita sebenarnya:

  • Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram
  • Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
  • Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
  • Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
  • Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat
  • Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
  • Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada Assalamuallaikum
  • Lebih suka pakai cap, topi daripada tudung, kopiah
  • Lebih suka menyanyi lagu-lagu daripada berwirid, bertahmid
  • Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
  • Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
  • Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama
  • Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
  • Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah
  • Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
  • Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita
  • Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab

KITA SEBENARNYA......

Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka...Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT??

Yang Tuhan suruh tu sama-samalah kita buat, yang dilarang tu kita pakat tinggallah. Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada hamba-hambaNya tetapi kita masih lupa padaNya. InsyaAllah, Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau. Wallahualam.

Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

DOA UNTUK IBUBAPA

~i luv my ma & abah^_^~

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas

didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas

kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah

mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau

kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau

hilangnya sesuatu hak mereka kerana

perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya

dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan

mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan

kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat

kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha

Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah

yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua

kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana

kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau

kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan

dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


~sampaikan walaupun satu ayat~