Wednesday, May 11, 2011

KETURUNAN SYAITAN


Umar bin Khaththab berkata : Anak keturunan syaitan itu ada sembilan, yaitu Zalitun, Watsin, Laqus, A’wan, Haffaf, Murrah, Masuth, Dasim, dan Walhan.”

Syaitan Zalitun bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual-beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencurangi timbangan/takaran, dan bersumpah palsu.

Syaitan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang bersangkutan berteriak histeria, menampar-nampar pipi, dan sebagainya.

Syaitan A’wan bertugas menggoda para penguasa untuk bertindak zalim.

Syaitan Haffaf bertugas membujuk dan menggoda orang untuk meneguk minuman keras.

Syaitan Murrah bertugas menggoda orang agar asyik bermain seruling atau alat muzik mengiringi nyanyiannya.

Syaitan Laqus bertugas menggoda orang untuk menyembah api.

Syaitan Masuth bertugas menyebarkan berita-berita dusta melalui lisan manusia sehingga tidak dapat diketemukan berita yang sebenarnya.

Syaitan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu’, dan pemukulan. Singkatnya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga.

Syaitan Walhan bertugas menggoda dan mengacaukan manusia dalam berwudhu’, shalat, dan dalam ibadah-ibadah yang lain.

"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk"

~sampaikan walaupun satu ayat~


Thursday, May 5, 2011

JOM BERAMAL^_^

indahkan malammu dengan Qiammulai

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

ceriakan harimu dengan Al-Mathurat

Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.


teguhkan pagimu dengan Dhuha

Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripadaemas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


insaflah hatimu dengan ISITIGHFAR

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.


basahkan lidahmu dengan TILAWAH

Firman Ar-Rabb (Allah SWT) 'Azzawajalla": "Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran kerana mengingatiKu dan kerana meminta padaku, nescaya Aku akan berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yang meminta padaKu. Dan kelebihan Kalam Allah itu ke atas semua Kalam seperti kelebihan Allah ke atas makhlukNya"].


~sampaikan walaupun satu ayat~

part 1 : MARAH



~dia pun tahu marah...huhu~

Tanya pada diri..siapa yang tidak pernah MARAH?

Semasa tazkirah di surau tadi, tajuk yang dipertengahkan ialah M.A.R.A.H...ada apa dengan MARAH? Menurut kakak senior, asal kemarahan ialah daripada nafsu amarah..hawa nafsu..dan umum mengetahui semua makhluk mempunyai nafsu kecuali malaikat..jom kita terjah MARAH

...

Punca tercetusnya kemrahan itu, menurut sabda Rasulullah s.a.w. ;

"Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)
Marah terbahagi
kepada dua kategori iaitu marah yang baik dan marah yang keji :

1)
Marah baik – marah terhadap perilaku kezaliman kepada umat Islam

Contoh :


kekejaman
di Palestin. Kita meluahkah kemarahan kita dengan memboikot, mendemontrasi dan sebagainya.

~gambar hiasan~

2) Marah keji – marah terhadap kelemahan dan kesilapan yang berlaku

Contoh :

Berdendam dengan teman sekiranya berlaku sedikit kesilapan dan melemparkan kata-kata kesat.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."

Kenali cara menangani kemarahan :

i. Mengubah kedudukan

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

ii. Berwuduk

Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)

iii. Mengingati Allah atau berdoa

Firman Allah; Wahai orang-orang beriman! Ingatlah Allah dengan mengingat (namaNya) sebanyak-banyaknya. (surah Al-Ahzab:41)

Firman Allah; ...sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan)

ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (surah At-Taubah:103)

iv. Mendiamkan diri ketika marah.

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka h

endaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai."(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

...sambungan akan datang tentang KEMAAFAN...

Sumber utama : Al-Quran dan Hadis

Lain-lain : http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/menahan-marah.html

http://inspirasiteja.tripod.com/marah.html

~sampaikan walaupun satu ayat~