indahkan malammu dengan Qiammulai
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
ceriakan harimu dengan Al-Mathurat
Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.
teguhkan pagimu dengan Dhuha
Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripadaemas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
insaflah hatimu dengan ISITIGHFAR
Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.
basahkan lidahmu dengan TILAWAH

~sampaikan walaupun satu ayat~
No comments:
Post a Comment