
Tanya pada diri..siapa yang tidak pernah MARAH?
Semasa tazkirah di surau tadi, tajuk yang dipertengahkan ialah M.A.R.A.H...ada apa dengan MARAH? Menurut kakak senior, asal kemarahan ialah daripada nafsu amarah..hawa nafsu..dan umum mengetahui semua makhluk mempunyai nafsu kecuali malaikat..jom kita terjah MARAH
...
Punca tercetusnya kemrahan itu, menurut sabda Rasulullah s.a.w. ;
Marah terbahagi kepada dua kategori iaitu marah yang baik dan marah yang keji :
1) Marah baik – marah terhadap perilaku kezaliman kepada umat Islam
Contoh :
kekejaman di Palestin. Kita meluahkah kemarahan kita dengan memboikot, mendemontrasi dan sebagainya.
~gambar hiasan~
2) Marah keji – marah terhadap kelemahan dan kesilapan yang berlaku
Contoh :
Berdendam dengan teman sekiranya berlaku sedikit kesilapan dan melemparkan kata-kata kesat.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."
Kenali cara menangani kemarahan :
i. Mengubah kedudukan
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
ii. Berwuduk
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
iii. Mengingati Allah atau berdoa
Firman Allah; Wahai orang-orang beriman! Ingatlah Allah dengan mengingat (namaNya) sebanyak-banyaknya. (surah Al-Ahzab:41)
Firman Allah; ...sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (surah At-Taubah:103)
iv. Mendiamkan diri ketika marah.
Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka h
endaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).
Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai."(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
...sambungan akan datang tentang KEMAAFAN...
Sumber utama : Al-Quran dan Hadis
Lain-lain : http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/menahan-marah.html
http://inspirasiteja.tripod.com/marah.html
~sampaikan walaupun satu ayat~
No comments:
Post a Comment