Tuesday, May 3, 2011

~FADHILAT SENYUM~

Senyum adalah sedekah yang mahal harganya tapi sangat mudah untuk dilakukan oleh semua orang

Menambahkan keceriaan muka dan kemanisan yang ada senyuman

Senyuman sangat mahal tapi semua orang sangat mudah untuk memilikinya walaupun seseorang yang sangat miskin

Senyuman bukanlah benda yang remeh sehingga orang kaya tidak berhajat kepadanya

Senyuman menurunkan suhu kemarahan

Senyuman menurunkan darjat kesedihan

Senyuman memberikan kekuatan kepada keletihan

Senyuman memulihkan semangat orang yang kecewa

Senyuman mengurangkan bebanan kepada yang mengalami kerungsingan

Senyuman tidak boleh dicuri,dibeli,dipinta ataupun dipinjam kerana ianya sangat berharga apabila diberikan sebagai hadiah

Senyuman yang diberi pasti akan kembali kepada pemberi

Senyuman menjadikan seseorang sentiasa kerinduan

Senyuman berharga setelah ianya diberi

No comments:

Post a Comment